Thursday, June 3, 2010

Karnival Belia Masjid 2010

Pada 30 Mei yang lepas, Masjid Ahmadi Kg. Rantau Panjang telah mengadakan Karnival Belia Masjid 2010 bertempat di perkarangan Masjid Ahmadi. Nisa' Kapar turut bekerjasama dengan Biro Muslimat Masjid Ahmadi untuk mengendalikan program Anakku Sayang : Smart Riadhah.

Majlis yng dipengerusikan oleh Cik Nur Syahida telah berjaya menarik hampir 195 orang peserta kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 6-12 tahun untuk menyertainya. Sambutan yang sangat baik setakat ini! Alhamdulillah..

Seterusnya program diteruskan dengan slot ceramah motivasi santai bersama Saudari Rafidah Jannah Salleh yang bertindak sebagai moderator. Sesi ceramah santai yang bertajuk "Anak Soleh" telah berjaya menarik minat peserta untuk lebih fokus dalam program ini. Ternyata, cabaran untuk mengendalikan adik-adik ini sangatlah besar, perlu banyak bersabar dan kadang-kala perlu juga bertegas. =)

Setelah selesai ceramah, program diteruskan dengan solat dhuha dan riadhah. Sebanyak 2 games telah dimainkan untuk para peserta. Seronok melihat gelagat adik-adik ni bermain. Seterusnya, slot kuiz tidak kurang hebatnya. Teruja adik-adik ini untuk menjawab soalan kerana hadiah yang sangat menarik telah disediakan untuk para pemenang. Puan Kartina, selaku Ketua Nisa' Kapar telah berjaya menaikkan mood dan semangat para peserta untuk menjawab soalan kuiz.

Program anakku sayang itu berakhir seusai solat zohor dan program seterusnya ialah majlis perasmian Karnival belia masjid, acara konvoi bermotosikal dan pertunjukan silat. Pada sebelah malamnya pula, ceramah motivasi bersama Ust Zamri Zainuddin (Mari mengaji, Tv9)


(acara smart riadhah yang menyeronokkan)


(Kak Rafidah dengan kelatahnya yang bersahaja)


(khusyuk mendengar ceramah ke ni??..)


(Pertunjukan silat yang best!)

No comments:

Post a Comment

Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.