Thursday, June 3, 2010

Pesta Sukan PASTI Selangor


Selain terlibat dengan program2 yang dianjurkan oleh Nisa' Selangor, team Nisa' kapar juga seringkali dipanggil bertugas untuk program2 kemasyarakatan di sekitar kawasan Kapar. Terbaru, team Nisa' Kapar telah bertugas di Pesta Sukan Pasti Negeri Selangor.

(Team Nisa' Kapar bergambar sebelum program bermula)

9 mei 2010, Kota Raja- Bertempat di Padang Dewan Sukan Seri Andalas Klang, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2010 kali k-6 telah berlangsng dengan meriah dan jayanya. Sebanyak 19 Kontigen PASTI kawasan yang menyertai pesta sukan kali ini dengan semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi. Pesta sukan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Meskipun cuaca mendung diawal pagi dan hujan mulai turun, ia tidak mematahkan semangat anak-anak PASTI berentap bagi memperolehi kemenangan untuk pasukan masing-masing. Tidak kurang juga gelagat ibubapa dan para penyokong yang tidak berganjak dari padang walaupun hujan. Sehinggakan ada yang berpayung dan berhujan ditengah padang. Sukan PASTI kali ini juga diserikan dengan Karnival Orang Muda Geng Kita yang diuruskan oleh DPPKR, DMPKR bersama PeBT N49B dengan pelbagai pameran, gerai jualan, pemerisaan kesihatan, Kaunter SPR dan lain-lain lagi. Terdapat juga ”indor game” dengan hadiah yang menarik bagi mengisi masa lapang mereka yang berkunjung ke Sukan PASTI ini.


Acara diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh En. Mohd Rozi Bin Malek selaku Ko-krikulum PASTI Malaysia. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Bola sepak mini

Juara : PASTI Kawasan Serdang

Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat

Penjaring terbanyak : Adik Mohd Fakrulrazi bin Ahamad Samsuri(Serdang)- 7 gol


Bola jaring mini

Johan : PASTI Kawasan Serdang

Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat
Penjaring terbanyak : Adik
Iman Nur Rumaisha Bt Azrin (Gombak)- 24 gol

Tahniah bagi pasukan yang menang, bagi yang tewas, boleh mencuba lagi ditahun akan datang. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor, terutama kepada petugas-petugas daripada PASTI dan MGP Negeri Selangor, PASTI dan MGP Kawasan-kawasan, DPP Kota Raja, Briged Muslimat dan Nisa', Jabatan Amal Kota Raja dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga kepada YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar bin Shamsuddin, Ahli Majlis MPK Zon N49B, Tn Hj Termizi bin Ismail yang banyak membantu melicinkan perjalanan Pesta Sukan Negeri Selangor 2010.InsyaAllah, sama-sama kita doakan kejayaan kontigen PASTI negeri Selangor di Pesta Sukan PASTI Malaysia di Pulau Pinang bulan Jun ini.


Sumber : http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
(Bola Jaring)

(Futsal)

(kontingen PASTI kawasan kapar)

SOUTUC's '10


Nisa' Selangor mengambil inisiatif sekali lagi dalam mendekati generasi muda dengan penganjuran Pertandingan Suara Nisa' atau lebih dikenali sebagai Nisa' So U Think U Can Sing? (SoUTUCS'10) yang akan diadakan pada 21 Mac 2010 bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Antara objektif SoUTUCS'10 ialah:


1) Menyediakan alternatif hiburan Islam bersyariat kepada golongan belia wanita dalam menangani isu sosial hiburan melampau di kalangan masyarakat.


2) Menunjukkan kesyumulan Islam dalam menjaga maruah umatnya.


3) Memperkenalkan NISA’ sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat aktif dalam program-program pembangunan modal insan.





Jambori Nisa' Selangor '09



Salam muhibbah buat semua pengunjung blog Nisa' Kapar. Setelah sekian lama program ini berlangsung, barulah kini Nisa' Kapar berkesempatan untuk mengupdate semuanya dalam blog ni. Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Maaf semua ye.

Percutian sekolah yang semakin tamat dan tirai penghujung tahun hanya tinggal beberapa hari Nisa’ Selangor telah berjaya mengadakan Jambori Nisa’ dibawah Unit Latihan (ULT)’ di Bukit Lagong Selayang, Selangor selama 3 hari 2 malam yang bermula daripada 25-27hb Dis, 2009 dimana sebanyak 22 kawasan di Negeri Selangor telah terlibat dalam perkhemahan ini.

Hampir Seramai 500 remaja perempuan yang berumur antara 13thn sehingga 18thn telah terlibat dalam penglibatan perkhemahan tersebut. Perkhemahan yang bertemakan “I’m A Super Muslim”mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peringkat dan ibubapa penjaga dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dengan mengikuti perkhemahan tersebut.


Tujuan utama mengadakan Jambori Nisa’ adalah untuk melahirkan remaja ISLAM khususnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari sahsiah dan gemilang dari akedemiknya. Selain daripada itu penerapan yang disisipkan kepada para pelajar adalah untuk mendidik para pelajar agar memahami mengamalkan cara kehidupan ISLAM yang hakiki.

Objektif utama adalah untuk mendidik para pelajar menyemai sifat kasih sayang cintakan ISLAM serta mengasah peserta agar belajar hidup berdidikari, berkarisma dan berdaya saing untuk mendepani kepelbagaian cabaran yang menanti. Selain daripada itu untuk memantapkan diri remaja agar lebih berkahlak mulia, berdisplin serta saling bekerjasama antara satu sama lain. Para pelajar juga di didik dengan memupuk silaturahim dan mengukhuhkan ukhwwah ISLAMIAH sesama muslim.

Terdapat 4 kawasan yang berjaya mengumpul peserta teramai iaitu adalah Kontijen Nisa’ Gombak, Nisa’ Kapar, Nisa’ K.Langat, Serdang.

Tahniah buat team NIsa' Kapar!!









Wednesday, April 7, 2010

Aurat Wanita dari firman Allah dan Hadith

Salam Muhibbah buat semua pengunjung blog Nisa' Kapar. Maaf kerana sudah agak lama blog ini tidak di'update' dek kerana kesuntukan masa dan komitmen lain yang perlu diberi perhatian dari pihak kami sendiri. Kali ini kami ingin berkongsi sesuatu mengenai aurat wanita dari firman Allah dan hadith Rasulullah SAW.



1.Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.