Tuesday, December 14, 2010

JNS kembali lagi...




TARIKH :
17-19 Disember 2010/11-13 Muharam 1432H


TEMPAT :
Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES)
Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor.


MASA :
Jumaat (petang) - Ahad (tengah hari)


SASARAN PESERTA :
Remaja perempuan Islam (13-18 tahun)


PENGENALAN
Program Jambori NISA’ Selangor ini adalah merupakan program tahunan anjuran Nisa’ Selangor, dan pada tahun ini adalah merupakan penganjuran buat kali yang ke 2 dengan bertemakan ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’. Penganjuran program ini adalah sebagai salah satu sumbangan kecil Nisa’ Selangor dalam usaha mendidik masyarakat terutamanya golongan remaja, selaras dengan motto NISA’, ‘Penghubung Generasi Muda’.


OBJEKTIF
-Melahirkan rasa cintakan Islam dan bangga menjadi muslimah.
-Memantapkan jati diri peserta agar mempunyai daya tahan untuk terus tetap berakhlak dengan akhlak Islam dalam suasana pengaruh persekitaran yang pelbagai.
-Membimbing peserta ke arah menjadi individu muslim yang peduli (mahu mengambil tahu) dan mampu berperanan sebagai duta kecil Islam kepada masyarakat di sekelilingnya dalam usaha menyampaikan mesej dakwah Islam.
-Membina dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di antara peserta dengan ahli Nisa Selangor.
-Memperkenalkan Nisa’ Selangor sebagai suatu organisasi yang aktif melaksanakan pelbagai bentuk program dalam usaha menghubungkan generasi muda agar lebih dekat kepada Islam.


BENTUK PENGISIAN PROGRAM
-Ceramah dan diskusi dua hala.
-Slot khas bersama Imam Muda Asyraf
-Aktiviti bermodul dalam kumpulan kecil dengan
bimbingan intensif fasilitator.
-Praktikal dan pemantapan amalan ibadat sunat (solat fardhu berjemaah, Qiamullail, solat sunat Dhuha, bacaan Al Quran, bacaan Al Mathurat dll).
-Melibatkan peserta sebagai imam solat, pengerusi majlis, ketua kumpulan dan lain-lain.
-Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)

Kepada sahabat2 yang ingin mendaftarkan peserta, sila contact kak tina : 0132946506
Sebarkan kpd rakan2 yang lain.

Wednesday, June 23, 2010

Pertandingan Memancing Nisa'

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang sekali lagi untuk menjayakan program pada kali ini. Pertandingan memancing Nisa' anjuran Nisa kapar dan teen circle club (TCC) akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 Jun 2010 bertempat di kolam pancing sinaran Rantau Cafe, Jalan Sg Saim, Kg Rantau Panjang, Klang.

Semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Bergambar bersama perasmi jemputan, Ustzh Afifah, timbalan pengarah Nisa' Selangor.

Antara ahli Nisa' Kapar yang berjaya bergelar pemenang dengan tangkapan ikan yang paling berat.


Ucapan perasmian oleh ustzh Afifah, timbalan pengarah Nisa' Selangor. Terima kasih kerana sudi hadir merasmikan majlis ini walaupun baru sahaja habis berpantang.


Seorang AJK yang sedang sibuk menimbang ikan yang telah berjaya ditangkap oleh para peserta.
(boleh tahan juga ikan ni...)

Peserta-peserta dari kalangan ahli Nisa' yang sedang menunggu umpan dimakan ikan..

Selain dapat memancing, boleh juga bersantai bersama keluarga. Bersama merapatkan ukhuwwah.

Monday, June 21, 2010

Anda bijak jauhi zina!!



Firman Allah yang bermaksud : "dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk" (Surah Al-isra' : 32)

Firman Allah lagi yang bermaksud : "perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali pukulan, janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyiksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin".
(Annur : 2)

bersempena dengan kempen "Anda bijak jauhi zina" dan bagi menunjukkan yang Nisa' Kapar prihatin terhadap isu pembuangan bayi yang saban hari menghiasi media massa, pada 7 Jun 2010 yang lepas, team Nisa' Kapar telah berjaya melaksanakan satu gerak gempur dengan mengedarkan risalah di Tapak pasar malam Kg Batu 4, klang.

Alhamdulillah, walaupun ini adalah percubaan sulung kami, namun ternyata mendapat respon dan kerjasama yang baik dari para pengunjung dan peniaga pasar malam tersebut. InsyAllah selepas ini akan ada siri-siri kempen yang seterusya demi mendidik dan memberi peringatan buat masyarakat setempat dalam usaha Nisa' untuk membendung isu ini.

(Pn Kartina, ketua Nisa' Kapar sedang mengedarkan risalah kepada para peniaga)






Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Nisa' kapar yang terlibat untuk gerak gempur pada kali ini kerana sanggup turun dipanggil secara adhoc. Semoga Allah, pemilik zat yang Maha Agung sahaja mampu membalas segala jasa kalian.

Wallua'lam

Thursday, June 3, 2010

Karnival Belia Masjid 2010

Pada 30 Mei yang lepas, Masjid Ahmadi Kg. Rantau Panjang telah mengadakan Karnival Belia Masjid 2010 bertempat di perkarangan Masjid Ahmadi. Nisa' Kapar turut bekerjasama dengan Biro Muslimat Masjid Ahmadi untuk mengendalikan program Anakku Sayang : Smart Riadhah.

Majlis yng dipengerusikan oleh Cik Nur Syahida telah berjaya menarik hampir 195 orang peserta kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 6-12 tahun untuk menyertainya. Sambutan yang sangat baik setakat ini! Alhamdulillah..

Seterusnya program diteruskan dengan slot ceramah motivasi santai bersama Saudari Rafidah Jannah Salleh yang bertindak sebagai moderator. Sesi ceramah santai yang bertajuk "Anak Soleh" telah berjaya menarik minat peserta untuk lebih fokus dalam program ini. Ternyata, cabaran untuk mengendalikan adik-adik ini sangatlah besar, perlu banyak bersabar dan kadang-kala perlu juga bertegas. =)

Setelah selesai ceramah, program diteruskan dengan solat dhuha dan riadhah. Sebanyak 2 games telah dimainkan untuk para peserta. Seronok melihat gelagat adik-adik ni bermain. Seterusnya, slot kuiz tidak kurang hebatnya. Teruja adik-adik ini untuk menjawab soalan kerana hadiah yang sangat menarik telah disediakan untuk para pemenang. Puan Kartina, selaku Ketua Nisa' Kapar telah berjaya menaikkan mood dan semangat para peserta untuk menjawab soalan kuiz.

Program anakku sayang itu berakhir seusai solat zohor dan program seterusnya ialah majlis perasmian Karnival belia masjid, acara konvoi bermotosikal dan pertunjukan silat. Pada sebelah malamnya pula, ceramah motivasi bersama Ust Zamri Zainuddin (Mari mengaji, Tv9)


(acara smart riadhah yang menyeronokkan)


(Kak Rafidah dengan kelatahnya yang bersahaja)


(khusyuk mendengar ceramah ke ni??..)


(Pertunjukan silat yang best!)

KAU'10



Team Nisa' Kapar tidak ketinggalan untk turut serta dalam karnival Aura Ungu (KAU'10) yg berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

Belakangan ini, hiburan dan belia tidak dapat dipisahkan. Kita melihat belia telah menjadikan hiburan sebagai salah satu medan atau wadah untuk mereka mencari ketenangan dan keseronokan. Oleh itu sejajar dengan pendekatan Nisa’ Malaysia, “Connecting Youth” kita ingin mendekati golongan belia ini terutama sekali melalui konsep hiburan Islam.

Hiburan di sini bukanlah bermakna hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang berlandaskan syariat Islam.Program ini mensasarkan pelajar universiti, pelajar sekolah, ibu bapa dan orang awam serta golongan tertentu dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Nisa’ Malaysia untuk mendekati golongan belia supaya cintakan dan mahukan cara hidup Islam.



Demi membantu dan menjayakan pihak NISA’ Malaysia mencapai matlamat yang disasarkan, maka pihak NISA’ telah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor, para pelajar, mahasiswa kampus dan masyarakat untuk menjayakan Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10).



Antara objektif program :



1) Memperkenalkan NISA’ sebagai gerakan dakwah kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai salah satu wasilah dakwah bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita.



2) Menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan wanita.



3) Mengeratkan hubungan antara ahli masyarakat, pemimpin dan pihak kerajaan negeri.



4) Menjadikan NISA’ sebagai satu platform untuk para belia terlibat secara langsung dalam program-program pembangunan modal insan.



5) Menonjolkan kesyumulan Islam.


http://kau2010. webnisa.net/

Pesta Sukan PASTI Selangor


Selain terlibat dengan program2 yang dianjurkan oleh Nisa' Selangor, team Nisa' kapar juga seringkali dipanggil bertugas untuk program2 kemasyarakatan di sekitar kawasan Kapar. Terbaru, team Nisa' Kapar telah bertugas di Pesta Sukan Pasti Negeri Selangor.

(Team Nisa' Kapar bergambar sebelum program bermula)

9 mei 2010, Kota Raja- Bertempat di Padang Dewan Sukan Seri Andalas Klang, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2010 kali k-6 telah berlangsng dengan meriah dan jayanya. Sebanyak 19 Kontigen PASTI kawasan yang menyertai pesta sukan kali ini dengan semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi. Pesta sukan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Meskipun cuaca mendung diawal pagi dan hujan mulai turun, ia tidak mematahkan semangat anak-anak PASTI berentap bagi memperolehi kemenangan untuk pasukan masing-masing. Tidak kurang juga gelagat ibubapa dan para penyokong yang tidak berganjak dari padang walaupun hujan. Sehinggakan ada yang berpayung dan berhujan ditengah padang. Sukan PASTI kali ini juga diserikan dengan Karnival Orang Muda Geng Kita yang diuruskan oleh DPPKR, DMPKR bersama PeBT N49B dengan pelbagai pameran, gerai jualan, pemerisaan kesihatan, Kaunter SPR dan lain-lain lagi. Terdapat juga ”indor game” dengan hadiah yang menarik bagi mengisi masa lapang mereka yang berkunjung ke Sukan PASTI ini.


Acara diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh En. Mohd Rozi Bin Malek selaku Ko-krikulum PASTI Malaysia. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Bola sepak mini

Juara : PASTI Kawasan Serdang

Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat

Penjaring terbanyak : Adik Mohd Fakrulrazi bin Ahamad Samsuri(Serdang)- 7 gol


Bola jaring mini

Johan : PASTI Kawasan Serdang

Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat
Penjaring terbanyak : Adik
Iman Nur Rumaisha Bt Azrin (Gombak)- 24 gol

Tahniah bagi pasukan yang menang, bagi yang tewas, boleh mencuba lagi ditahun akan datang. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor, terutama kepada petugas-petugas daripada PASTI dan MGP Negeri Selangor, PASTI dan MGP Kawasan-kawasan, DPP Kota Raja, Briged Muslimat dan Nisa', Jabatan Amal Kota Raja dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga kepada YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar bin Shamsuddin, Ahli Majlis MPK Zon N49B, Tn Hj Termizi bin Ismail yang banyak membantu melicinkan perjalanan Pesta Sukan Negeri Selangor 2010.InsyaAllah, sama-sama kita doakan kejayaan kontigen PASTI negeri Selangor di Pesta Sukan PASTI Malaysia di Pulau Pinang bulan Jun ini.


Sumber : http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
(Bola Jaring)

(Futsal)

(kontingen PASTI kawasan kapar)

SOUTUC's '10


Nisa' Selangor mengambil inisiatif sekali lagi dalam mendekati generasi muda dengan penganjuran Pertandingan Suara Nisa' atau lebih dikenali sebagai Nisa' So U Think U Can Sing? (SoUTUCS'10) yang akan diadakan pada 21 Mac 2010 bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Antara objektif SoUTUCS'10 ialah:


1) Menyediakan alternatif hiburan Islam bersyariat kepada golongan belia wanita dalam menangani isu sosial hiburan melampau di kalangan masyarakat.


2) Menunjukkan kesyumulan Islam dalam menjaga maruah umatnya.


3) Memperkenalkan NISA’ sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat aktif dalam program-program pembangunan modal insan.





Jambori Nisa' Selangor '09



Salam muhibbah buat semua pengunjung blog Nisa' Kapar. Setelah sekian lama program ini berlangsung, barulah kini Nisa' Kapar berkesempatan untuk mengupdate semuanya dalam blog ni. Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Maaf semua ye.

Percutian sekolah yang semakin tamat dan tirai penghujung tahun hanya tinggal beberapa hari Nisa’ Selangor telah berjaya mengadakan Jambori Nisa’ dibawah Unit Latihan (ULT)’ di Bukit Lagong Selayang, Selangor selama 3 hari 2 malam yang bermula daripada 25-27hb Dis, 2009 dimana sebanyak 22 kawasan di Negeri Selangor telah terlibat dalam perkhemahan ini.

Hampir Seramai 500 remaja perempuan yang berumur antara 13thn sehingga 18thn telah terlibat dalam penglibatan perkhemahan tersebut. Perkhemahan yang bertemakan “I’m A Super Muslim”mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peringkat dan ibubapa penjaga dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk melibatkan diri dengan mengikuti perkhemahan tersebut.


Tujuan utama mengadakan Jambori Nisa’ adalah untuk melahirkan remaja ISLAM khususnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang dari sahsiah dan gemilang dari akedemiknya. Selain daripada itu penerapan yang disisipkan kepada para pelajar adalah untuk mendidik para pelajar agar memahami mengamalkan cara kehidupan ISLAM yang hakiki.

Objektif utama adalah untuk mendidik para pelajar menyemai sifat kasih sayang cintakan ISLAM serta mengasah peserta agar belajar hidup berdidikari, berkarisma dan berdaya saing untuk mendepani kepelbagaian cabaran yang menanti. Selain daripada itu untuk memantapkan diri remaja agar lebih berkahlak mulia, berdisplin serta saling bekerjasama antara satu sama lain. Para pelajar juga di didik dengan memupuk silaturahim dan mengukhuhkan ukhwwah ISLAMIAH sesama muslim.

Terdapat 4 kawasan yang berjaya mengumpul peserta teramai iaitu adalah Kontijen Nisa’ Gombak, Nisa’ Kapar, Nisa’ K.Langat, Serdang.

Tahniah buat team NIsa' Kapar!!










I made this widget at MyFlashFetish.com.