Thursday, June 3, 2010

Pesta Sukan PASTI Selangor


Selain terlibat dengan program2 yang dianjurkan oleh Nisa' Selangor, team Nisa' kapar juga seringkali dipanggil bertugas untuk program2 kemasyarakatan di sekitar kawasan Kapar. Terbaru, team Nisa' Kapar telah bertugas di Pesta Sukan Pasti Negeri Selangor.

(Team Nisa' Kapar bergambar sebelum program bermula)

9 mei 2010, Kota Raja- Bertempat di Padang Dewan Sukan Seri Andalas Klang, Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor 2010 kali k-6 telah berlangsng dengan meriah dan jayanya. Sebanyak 19 Kontigen PASTI kawasan yang menyertai pesta sukan kali ini dengan semangat kesukanan dan ukhwah yang tinggi. Pesta sukan kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Halimah Ali, Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Meskipun cuaca mendung diawal pagi dan hujan mulai turun, ia tidak mematahkan semangat anak-anak PASTI berentap bagi memperolehi kemenangan untuk pasukan masing-masing. Tidak kurang juga gelagat ibubapa dan para penyokong yang tidak berganjak dari padang walaupun hujan. Sehinggakan ada yang berpayung dan berhujan ditengah padang. Sukan PASTI kali ini juga diserikan dengan Karnival Orang Muda Geng Kita yang diuruskan oleh DPPKR, DMPKR bersama PeBT N49B dengan pelbagai pameran, gerai jualan, pemerisaan kesihatan, Kaunter SPR dan lain-lain lagi. Terdapat juga ”indor game” dengan hadiah yang menarik bagi mengisi masa lapang mereka yang berkunjung ke Sukan PASTI ini.


Acara diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh En. Mohd Rozi Bin Malek selaku Ko-krikulum PASTI Malaysia. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Bola sepak mini

Juara : PASTI Kawasan Serdang

Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat

Penjaring terbanyak : Adik Mohd Fakrulrazi bin Ahamad Samsuri(Serdang)- 7 gol


Bola jaring mini

Johan : PASTI Kawasan Serdang

Naib johan : PASTI Kawasan Kuala Langat
Penjaring terbanyak : Adik
Iman Nur Rumaisha Bt Azrin (Gombak)- 24 gol

Tahniah bagi pasukan yang menang, bagi yang tewas, boleh mencuba lagi ditahun akan datang. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan PASTI Negeri Selangor, terutama kepada petugas-petugas daripada PASTI dan MGP Negeri Selangor, PASTI dan MGP Kawasan-kawasan, DPP Kota Raja, Briged Muslimat dan Nisa', Jabatan Amal Kota Raja dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga kepada YDP PAS Kota Raja, Cikgu Jaafar bin Shamsuddin, Ahli Majlis MPK Zon N49B, Tn Hj Termizi bin Ismail yang banyak membantu melicinkan perjalanan Pesta Sukan Negeri Selangor 2010.InsyaAllah, sama-sama kita doakan kejayaan kontigen PASTI negeri Selangor di Pesta Sukan PASTI Malaysia di Pulau Pinang bulan Jun ini.


Sumber : http://pastinegeriselangor.blogspot.com/
(Bola Jaring)

(Futsal)

(kontingen PASTI kawasan kapar)

No comments:

Post a Comment

Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.