Friday, September 18, 2009

Majlis Iftar & Jasamu Dikenang



Assalamualaikum whb. Pada 17 September 2009 bertempat di Dewan Raja Lumu Muzium Negeri Shah Alam telah berlangsung satu majlis yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor (BPPNS) iaitu Majlis Iftar Dan Jasamu Dikenang dengan slogan “Salam Ukhwah, Salam Perjuangan Islamiah”. Majlis tersebut diadakan bagi meraikan aktivis-aktivis veteran Pas yg berintima’ dlm perjuangan gerakan Islam ini sejak dari zaman awal penubuhan Pas dahulu hingga kini.

Pihak BPPNS telah “menjemput” Nisa’ bagi membantu mengurus selia majlis tersebut. Dan Nisa’ Kapar bersedia “lend a hand” bg memastikan majlis tersebut berjalan lancar. Seramai 10 orang ahli Nisa’ Kapar telah turun padang membantu pada majlis tersebut dengan diketuai oleh Ketua Nisa’ Kapar sendiri iaitu, Pn. Kartina bt Parman. Ahli Nisa’ yang turun membantu adalah terdiri dari pelbagai peringkat umur, institusi pendidikan serta kerjaya yang berbeza namun bersatu hati dalam amal jamaie ini. Mereka adalah Pn. Shila, Pn. Hernadia, Cik Syahida, Cik Ain, Cik Muliana, Cik Afiqah, Cik Sakinah, Cik Nadia dan Cik Fathiah dr wakil Nisa’ Selangor.

Alhamdulillah, kami bukan sahaja dapat bertugas membantu BPPNS tetape mendapat manfaat daripada majlis ini juga. Kami mengambil semangat dan kekuatan golongan ini untuk terus bersemangat dalam perjuangan. Terfikir juga adakah golongan muda yg kini dalam landasan perjuangan ini dapat meneruskan perjuangan Daulah Islamiah hingga ke usia emas dan seterusnya hingga ke hujung nyawa? Semoga Allah thabatkan hati kita semua dlm landasan ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيداً يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزاً عَظِيماً

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Alloh memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (Al Ahzab: 70-71)




Antara tetamu khas yg diraikan, iaitu para pejuang veteran yg komited..=)



sedang menyanyikan lagu tema



Wajah ceria petugas Nisa' Kapar menjalankan tugas..(^_^)



"slm ukhwah, slm perjuangan Islamiah"



Berbuka puasa.=)



sedikit taklimat dari ketua nisa' kapar..=)

No comments:

Post a Comment

Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.